Showing posts with label family ku. Show all posts
Showing posts with label family ku. Show all posts
Wednesday, June 6, 2012
Warkah seorang ummu
(tarikh sebenar post: November 2011)..^__^
malamku kian berjaga...
hari ini saya terima mesej yang cukup buat diri tersentuh & tersenyum...
hari ini saya terima doa dari seorang ibu yang membuatkan hati rasa tenteram...
hari ini hari yg tenang buat saya.....
"Sebenarnya ummu dah tak sabar nak tengok kakngah genggam segulung ijazah dan berkhidmat pada masyarakat dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas.
Itulah hadiah yg amat bernilai utk ummu, ubat yg paling mujarab yg dapat menghilangkan segala kepayahan, kepedihan, kesusahan dan segala-galanya.
Kalau ayah ada, tentu ayah bangga dengan kakngah..
Sayang sekali, ayah tak sempat nak rasa khidmat kakngah..
Ummu bangga dan puas hati walaupun Allah hanya kurniakan seorang anak perempuan..
Tapi cukup berkualiti punya semangat juang yg tinggi dan penuh dgn sifat2 mahmudah..
Kekalkan sifat-sifat baik itu hingga keakhirnya..
Dan moga ianya diwarisi oleh anak cucu kakngah nanti"
Dan apa perasaan awak bila dapat mesej macam ni..??
Kalu awak tanya saya balik, semestinya saya jawab....saya menangis bila dapat msj ni,sampai lebam....*__*..
Serius bukan utk berbangga, tapi buat pemangkin & peringatan..
Apa yg buat saya terpegun.... bagaimana seorang ibu mampu memberi kata2 semujarab ini rupa, hingga walau baca berkali-kali, seperti ada satu semangat baru yg tumbuh & subur, hebat sungguh makhluk ciptaan Allah ini..
Diamnya tidak bermakna tidak ada apa-apa..
Diamnya tidak bermakna tidak ambil tahu..
Kerana dalam diamnya, tersembunyi seribu erti, terselindung sejuta pengalaman, seinfinity pengorbanan..
Sekali dia memberi, baru tahu dia amat erti, dia amat tabah & sabar.....
Dan bukan sekali dia dalam memberi,, melainkan lebih dari itu.....
Ya Allah,
kurniakan kebaikan ke atas ibuku sebagaimana Kau kurniakan ke atas hambaMu yang soleh,
ampunkan segala dosanya,
kuatkanlah dia dalam ujianMu,
murahkan rezekinya,
panjangkan umurnya dalam ketaatan kpdMu,
redhai & bahagiakan dia di dunia dan akhiratMu,..
JaDikanlah dia hambaMu yg Engkau redha dalam syurgaMu....
Cucuri rahmat & keampunanMu, atas roh ayahandaku....
Bahagiakan dia di sana..
Golongkanlah dia dalam ahli syurgaMu..
Moga doaku menjadi jariah buatnya di sana..
Dan moga doa zuriatku, menjadi jariah buatku di sana...
Ameenn....
-------------------------------------Tenang dalam keimanan----------------------------------------------
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.
*ampunkan aku kiranya tidak istiqomah dalam mentaatiMu....
Monday, October 4, 2010
Kepulangan yang menginsafkan
Kepulangan kali ini betul2 memberi ketenangan jiwa...entah apa la yang nk di tulis..
Setiap kali bertemu kembar kesayangan, ada saja perkongsian yang amat bermakna..
Perbincangan kami sering kali menyentuh soal hati dan perasaan, peringatan dan pengisian yang selalu ingin didengari, yang selalu membawa pemuhasaban diri, rasa semakin sayang, bila hati sama2 mendekati Ilahi, bertemu xjemu, berpisah rasa rindu,... walaupun perangai kami berbeza, tetapi, hakikatnya fikrah kami sama, ingin mengapai cinta abadi ada sentiasa usaha mengubah diri.. Dulu, hati kita tidak seperti ini, halatuju kita berbeza, pemikiran kita berbeza, kita mempunyai kesilapan masing2, mempunyai sejarah hitam yang membawa diri mengenal Ilahi..Alhamdulillah, kerana sekarang, Dia mengizinkan hati2 kita bersatu dalam iman, semoga sentiasa ditetapkan hati di jalan Nya...Semoga pertemuan dan perpisahan kita sentiasa mendapat berkatNya..
Jangan lupa wahai adikku, sentiasalah doakan kesejahteraan arwah ayahnda disana.Jadikanlah ziarah kubur ayah pagi tadi sebagai pengajaran dan peringatan bagi kita yang masih hidup...
Memperingati mati menjadikan hati kita hidup dan sedar akan hakikat sebenar kehidupan, hidup yang hanya pinjaman semata-mata...
Jadikanlah tujuan hidupmu hanya kerana Allah, insyaallah, kau akan temui kejayaan yg sebenar...
Impaian kita sebagai seorang hamba
Pada-Mu Allah kami bermohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa...Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu
Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga
Biarlah sedikit asalkan diberikannya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga
Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah tauladan
Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian
Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia
Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung
lirik diambil dari kump Nadamurni, hayatilah bersama
pesanan buat adikku,diriku & dirimu...
