Friday, October 16, 2009

Sekelumit Cinta & Kasih Sayang





Dalam diri insan pasti ada sekelumit perasaan sayang dan cinta..
Tidak semestinya cinta sesama manusia dan tuhanNya.
Namun cintakan alam sekitar dan sesama makhluk..
Dan sudah pasti cintakan rasul yang mulia….


Taat kita pada tuhan selalu berbelah bahagi….
Kita taat apabila derita.
Namun apabila diuji dengan kesenangan…
Kita alpa!!

Jiwa sering bertukar rasa…
Rasa itu rasa yang membebankan jiwa…
Walaupun tidak pasti sejauh mana lagi kehidupan..
Rasa itu sering menghantui….
Kasih sayang manusia sering berubah…
Jika hari ini kita menyukai sesuatu,belum pasti hari esoknya kita akan tetap menyukainya…Begitulah sebaliknya…
Tidak mustahil perkara yang menjadi kebencian kita ,
akan menjadi perkara yang paling manis dalam kehidupan ini….

Hidup biarlah berjasa….
Bukan saja pada agama…
Namun pada sesiapa yang memerlukan….
Memang perit apabila hilang arah panduan….
Melakar sesuatu impian yang belum pasti kejayaannya….

Namun merasai kemanisan selepas kegagalan pasti lebih manis…
Daripada merasai kemanisan dengan mudah tanpa halangan….
Mereka menjadi pendorong kejayaan…
Merasai kemanisan kejayaan berseorangan cukup syahdu…
Tambahan apabila berjuang demi agama tercinta..


Hidup ini saling memerlukan….
Bukanlah bersifat berseorangan….
Jika dikau mempunyai sejuta kekuatan pun,
belum dapat mengalahkan kekuatan sesuatu kumpulan…
Kurindukan sahabat seperjuangan yang sering membawaku pada tuhan…
Yang sentiasa menjadi “sahabat setia”…

saat aku amat jahil dalam kehidupan….
Rindukan perhatian tuhan padaku dalam setiap detik kehidupan,,
Walaupun hakikatnya dunia ini akan berakhir..
Biarlah pengakhirannya menjadi detik yang amat mengkagumkan…
Kekasih sejati amat sukar diperoleh..
Terutama kekasih yang menjadi pendorong dalam perjuangan…
Kekasih yang memahami fitrah diri…
Walaupun kurangnya kekuatan membendung nafsu…
Namun kesedaran itu pasti ada…
“jika kita mengimpikan yang soleh,jadilah yang solehah terlebih dahulu”

Memang benar!!
Sukarnya mencari yang soleh saat akhir zaman ini…
Terutama menjadi wanita sepertiku yang tidak pernah sepi menjadi “fitnah dunia”…
Perlu juga bersaing dengan wanita yang lebih solehah dan kukuh imannya…
Cemburu jua dihati apabila melihat keluarga yang bahagia..
Tambahan keluarga yang didirikan atas dasar Islam…

Bercakap-cakap memang mudah……

Mengimpikan sesuatu juga bukanlah sesuatu yang sukar…
Namun merealisasikannya bukanlah semudah apa yang difikirkan…

Pasti ada halangan yang mendatang…
Biarkan pandangan negatif orang berlalu ,..
Yang penting positifkan diri,…

Hiasi peribadi seindah mungkin….
Biarlah diri tidak seunggul insan lain…
CUMA YAKINLAH PADA DIRI!!

Setiap individu mempunyai kekuatan masing-masing…
Mempunyai keindahan dan keunikan masing-masing…

~IBArAT BunGA!!~
Pelbagai warna dan gubahan…
Serta haruman yang menghiasi…
Tidak semestinya bunga yang cantik mempunyai nama yang baik dan indah…
Dan tidak semestinya bunga yang mempunyai warna yang menarik mampu menarik setiap kumbang disekelilingnya…
kerana tidak semestinya baunya mampu menusuk hidung si kumbang….

Jadilah bunga yang MENGHARGAI dirinya sendiri..
Yang sentiasa NATURAL,
juga memerlukan makanan dan minuman untuk kelihatan lebih “CERIA”…
Memerlukan rama-rama dan kumbang untuk menemaninya di taman…

Hidupnya bukanlah untuk berseorangan…..
coret-coret...

Saturday, October 3, 2009

TAKUT & HARAP…DI AIDIL FITRI

Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…persengketaan
Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ukhuwah

Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang EsaTeguh iman,
kukuhlah perpaduan

Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!

Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa…
kami takut

Dalam ingat dan taat…
kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!
Allah hu Akbar… Allah hu Akbar…
Walillahhilhamd!



ana petik sajak nie dari blog ustaz Pahrol ni....
buat peringatan diri....
suppliment rohani untuk terus me'mantain'kan motivasi diri...

Monday, September 7, 2009

CERITA LAWAK UNTK DIFIKIRKAN

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa
solat jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1000 jemaah.
tiba-tiba masuk 2 org lelaki yg menutup seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam..
xnampak apa pun selain 2 bijik mata dan membawa mechine gun..
lalu salah seorag lelaki itu bertempik
"Sesiapa yg sanggup mati kerana Allah, sila berdiri ditempat kamu"
selepas mendengar amaran lelaki itu, maka segeralah lari bertempiaran para jemaah utk menyelamatkn diri..
daripada 1000org jemaah, hanya tinggal lbh kurang 20 org yg masih berdiri ditempat masing2 termasuk tok imam...


lelaki yg bertempik td segera membuka tutup mukanya lalu menghampiri pak imam, melihat pak imam dan berkata

"OK, Pak Imam, saya dah halau semua yg hipokrit, sekarang bolehlah Pak imam mulakan solat Jumaat, lalu 2 org lelaki tersebut berpaling dan meniggalkan jemaah....

camner?? lawak xcite kat atas?? ke xrase ape2...

xpela kalu lawak xmenjadi..tp ape yg penting...cuba kita semua fikirkan...


LAWAKKAN.....
dari 1000 org yg mengakui Islam, hanya lbh kuran 20 org sahaja yg betul2 beriman...


LAWAKKAN...
lebih banyal manusia lupakan Allah pabila menghadapi bahaya...kedua laki tadi hanya membawa mechinehun, xkata pun nk bunuh...
tp, generasi masa kini, amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..lupa yg dia xsolat Jumaat lg.


LAWAKKAN....
ada juga yg agamanya hanya seminggu sekali sahaja, tu pun bila masa solat Jumaat, tujuk muka kat org kampung...
ada yg lagi teruk, setahun hanya 2 kali sahaja tu pun bila solat raya..


LAWAKKAN....
ramai yg percaya gossip & apa yg dibaca dlm surat kabar daripada apa yg tercatat dalm Al-Quran...


LAWAKKAN....
berapa ramai org yg percaya, dunia adalah sementara, ahkirat adalah kekal abadi,
tetapi sibuk berlumba-lumba mengejar kekayaan dunia...


LAWAKKAN....
kita boleh bersembang ngn girlpren n boypern berjam-jam...
tp, bila nk berdoa pada Allah..alahai, asyik xcukup masa jer...


ni la hakikat dunia umat sekarang...
jgn kita tertipu dengn fitnah duniawi...
jga lah hati.....
hati n jasad ini hanya milik Tuhan, bukan milik tuan....
jgn biarkan diri menjadi hamba dunia...

" Ya Allah, luruskan hatiku ke jalan MU,bersihkan lah hati ini,agar mazmumah ku tidak merosakkn agama n juga tidak merosakn org lain.."

Sunday, August 23, 2009

Bulan Madrasah


alhamdulillah..
semalam petang,sebelum berbuka puasa,ana sempat berusrah dengan adik2 1st year..
mmg setiap kali sebelum usrah,ana akan fikir,apakah input yg ana boleh kongsi ngn adik2 usrah,sebab ana nie xbanyak membaca,so ilmu pun xseberapa..
mmg ana xpandai sangat berkata-kata,cuma ana akan cuba berkongsi ilmu apa yang ada.

Alhamdulillah,mmg ada hikmahnya ana menginguti usrah ngan makcik Zai..

mmg penyampaiannya sangat mantap dan memberi kesan dihati.Disamping dapat beri peringatan n sebagai makanan rohani, ana dapat juga ambil sedikit input untuk dikongsi bersama dengan adik2 usrah 1st year.


ana teringat tentang kata-kata cik Zai masa usrah pagi semalam,
bulan Ramadhan nie adalah bulan madrasah,dimana kita ditarbiah dengan sifat sabar, ikhlas, pemurah, juga latihan menguruskan nafsu dan menahan diri daripada perkara maksiat dan lagha, kita diuji dengan kelaparan sepanjang bulan ini. Dan pada akhirnya, selepas menghadapi pelbagai ujian, kita diharapkan dapat mencapai kejayaan yang besar iaitu dapat mencapai tahap 'TAQWA'

Firman Allah:
"wahai org2 yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas org2 sebelummu,agar kamu bertaqwa"(surah al-Baqarah:83)

yang paling penting, puasa kita mestilah dilaksanakan atas dasar iman dan perintah dari Allah, jgn asyik sibuk memburu fadhilat saja,sampaikan fadhilat itu dijadikan niat dan matlamat puasa.
kita juga digalakkan memperbanyakkan berdoa dalam bulan Ramadhan, semua pintu2 langit dibuka seluas-luasnya untuk kita berdoa, insyaallah mudah diangkat kelangit.
yang antara waktu yang paling afdhal berdoa adalah waktu bersahur(sama maksud ngn 1/3 mlm). jadi,rebutlah peluang keemasan nie, berdoalah walaupun sekecil-kecil perkara, jgn tunggu ditimpa musibah yang besar baru nk cari Allah

Surah Al-Muzammil, ayat 6
"Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat mengisi jiwa dan bacaan ketika itu lebih berkesan"

Saturday, August 22, 2009

Hati yg meronta


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.....

Ahlan Wasahlan gak ek wat saye..

akhirnyer dapat gak wat blog setelah sekian lame menyimpan hasrat.

dah lame dah hati nie meronta-ronta suruh buat blog.xtau la sebab ape..

sahabat2 ramai yang suruh saye buat blog.katenyer..kehidupan student u nie mmg sagt sibuk,ngn kuliahnyer, assigment, pbl lagi..csl,ppd..entah macam2 ag..

kekadang2 sampai xsempat nk luangkan sedikit masa untuk belajar dan berkongsi ilmu agama..

jadi, dengn blog nie la kite boleh jadikan wadah untuk kite saling ingat mengingati n berkongsi ilmu n pengalaman..

sahabat sorang nie plak,teringin nk saye berkongsi tentang perjalanan hidup seorg budak medic..ermm..betoi gak..

mmg banyak benda yg saya teringin nk kongsi,cume xterkeluar jer..

ermm....cam ngntuk jer..banyk bende nk tulih nie..

nie just nk try test jer,post someting kat blog..

bile2..insyaallah saya akan try update ngn ilmiah2 yg bleh dikongsi bersama..

salam ramadhan dari colehah..