Wednesday, April 28, 2010

Rezeki Si Putih



ni Putih yg dah dicelup


Kucing saye namenyer Putih, die sangat suke makan ikan...selain ikan mmg dia akan tolak,ayam pon die xpandai makan.. hari2,bila nk goreng ikan,kne ambik kira sekali untuk Putih, ibu ngn nenek die..untuk Putih n de geng je kena spare part 3 eko ikan, sehari mkn 3x.. nasib ko la putih, hari2 mkn ikan kembong(kne ikut favourite tuannyer le)


Kucing korang pon mesti suke makan ikan jugak kan?mcm kucing saye..Hari-hari makan ikan,mmg mknn kesukaan kucing adalah ikan, tapi pelik kan,kucing tak pernah pegi sungai untuk memancing ikan atau tangkap ikan sendiri kat laut macam manusia,sbb kucing xberkemampuan nk buat cam2..Jadi, apa caranya kucing buat untuk dapatkan ikan???

Kucing pon pandai bodek tuannya..Bila lapaq ikan je, kucing akan cuba dekati tuannya,mula la kucing akan mengesel2kan badannya ke kaki tuannya, dan cuba bermanja-manjakan diri, kita pun mmg mudah layu ngn kemanjaan kucing nie...dengan belas ikhsan dan kasih sayang, kucing pun dapat la habuan ikan nya yang di idam-idam kan..Inilah falsafah rezeki kucing..

Cuba kita kaitkan dengan kehidupan seharian,macam kita juga, untuk dapatkan kehidupan yang baik, kena dekati Tuan kita, siapa Tuan kita,? Dialah Allah Yang Kaya dan Agung, Robb sekelian alam.

Kita mestilah kenali, cuba mendekati dan "bermanja-manjalah" kepadaNya. Nescaya kelak, kita akan dikasihi dan dirahmatiNya. Pasti kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka. Kasih sayang Allah tiada sempadan, Dia amat suka hambaNya meminta kepadaNya.. Pabila kita dekat dengan Allah, hidup pastikan tenang walaupun ditimpa kesusahan, kerana kita percaya, Allah akan sentiasa disisi mendampingi kita..orang yang jiwanya tenang adalah orang yang sentiasa mengingati Allah...

Ingatlah, sesungguhnya jangan ingat dengan hanya qudrat dan segala usaha, susah payah kita, kita pasti mampu memperoleh rezeki,ini semua hanya dengan kiizinanNya, kita tidak akan dapat rezeki tanpa belas ihsan dan kasih sayangNya serta rahmatNya...ingatlah,kita ini hanya sebagai hamba..

Lihat sajalah, bagaimana si kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan. Kucing tu tetap dapat ikan tetapi dalam keadaaan tuannya tidak redha dan marah kepadanya. Jadi,apa gunanya>>>Kekadang, orang yang tidak solat, xtunaikan tanggungjawab sebagai hamba, banyak melakukan maksiat,tetapi dia tetap dapat rezeki, kadang-kadang melebihi mereka yang taat dan soleh, tetapi rezeki yang diperoleh itu tidak ada keberkatannya disisi Allah..

Pabila rezeki diberkati, kita sentiasa berasa cukup walaupun sedikit, bila dapat banyak, diagihkan dan diinfaqkan kpd yang berhak,rezeki yang diperolehi menjadikan kita lebih taat kepadaNya...Hati sentiasa tenang dan tenteram...Janganlah kita jadi seperti kucing yang mencuri ikan tuannya, jadilah seperti Si Putih yang memanjakan dan memperhambakan diri pada tuannya, yang sentiasa mengharapkan belas ihsan dan kasih sayang tuannya..

Cukuplah Allah tempat kita bergantung dan berlindung...........

In a nutshell(ayat time spm dulu), kalau nk rezeki sentiasa dimurahkan, peganglah kepada Falsafah Rezeki Kucing ini..











......................................................................(^^)...........................................................................................


Pagi tadi, dengar ceramah kat TV9..Tanyalah Ustaz....setiap hari pukul 7-8pg,sblm sarapan pg,kne bagi santapan dulu kat hati nie...mmg xboleh tinggal....kali ini,sesi dgn ustaz syed hisyam(kalu xsilap la) bg tazkirah tentang PELABURAN AKHIRAT...ni antara point2 yg sempat saya salin(saje nk tulis kat blog,takut buku catitan ni ilang) smoga kita dapat menfaat bersama...




  • sedekah yang paling baik adalah ketika kita senang, dan dahulukan lah bersedekah kepada ahli keluarga. Sebaliknya, apa yg selalu berlaku kebanyakan sekarang, time dah sakit tenat dah nk dekat nazak,barulah teringat nak bersedekah dan menginfaqkan harta...


  • keadaan yang paling afdal untuk bersedekah adalah ketika keadaan sihat, ketika ada perasaan tamak harta, ketika takut faqir dan ketika teringin nak jadi kaya...bila saat ketika ini kita bersedekah..Masyaallah...betapa besarnya ganjaran pahala yang kita dapat.. Allah saja yang tahu..


  • sebelum kita meninggal dunia, harta yang ditinggalkan, paling banyak yang boleh di laburkan fisabilillah adalah 1/3 saja,,yang selebihnya hendaklah dilaburkan untuk anak-anak dan keluarga,kerana dengan melabur untuk anak2, kita akan mandapat saham yang lagi besar di akhirat kelak, tapi dengan syarat, tinggalkan anak2 dan isteri dengan didikan agama yang kukuh,supaya harta yg ditinggalkan itu menjadi harta yang berkat dan anak2 soleh menggunakan harta tersebut kejalan yang benar,manfaatnya berterusan untuk si mati...ingt..harta yg ditinggalkan hendaklah berpasakkan didikan agama yang kukuh utk anak2 dan keluarga,...supaya keberkatan itu ada dan manfaatnya berterusan


  • huraian hadis riwayat Imam Bukhari: Nabi pernah berkata, setiap pagi akan ada 2 malaikat turun ke bumi utk berdoa, malaikat 1st berdoa,"Ya Allah, berikanlah kpd org yg bersedekah dgn ganti yg lebih baik dari harta rezekiMu, dan kesejahteraan kpdnya".. malaikat 2nd berdoa, "Ya Allah, berikanlah kpd org yg kedekut bakhil ini kemusnahan"..tengokk..malaikat pun turut mendoakan org yg bersedekah..sedekah yg paling ,mudah adlh degn m'beri senyuman...ingt..senyuman adalah sedekah yg paling murah,tapi besar manfaatnya..


  • Allah beri jaminan, kalau kita ikhlas bersedekah dan sentiasa bersyukur, Allah akan ganti dgn sesuatu yg lebih baik


Sedekah diibaratkan seperti kebun yang di basahi oleh hujan,tidak kira samada hujan itu lebat atau tidak,, kebun itu tetap subur membuahkan hasil-hasilnya,...seperti org yg bersedekah,,tidak kira sedikit mahupun banyak..asalkan hati ikhlas kerana Allah....


Wednesday, April 21, 2010

CUTIKU BERSAMA SANG SEMUT


Malam yg buat ku xlena lagi uh,malam yang kian berlabuh...mata masih terutuh,tidak terasa kabuh...
dah hampir seminggu bercuti, duduk rumah goyang kaki??..takk..cume jadi anak dara sepenuh hari..hari2 masak kari, entah bila nk merase makan ikan keli^^(nie merepek je)

Mmg niatku sebelum balik Kedah,nk bertandang sebentar ke Kuala Selangor, nk ziarah ummiku, dah hampir berbulan-bulan xbalik, seronok agaknyer dok kat kolej. Tapi apakan daya, ummu ku perlu didahulukan, khidmatku lebih memerlukan di sana, khidmat sebagai anak kpd seorang ibu..

Seminggu sudah aku di Kedah, bila time cuti jer,mesti rase mase tu berjalan dgn lambat sangat, mungkin sbb xtau nk wat ape,atau hari2 buat benda same, tp xpe,asalkan diri berkhidmat, memberi manfaat kpd ummu, tok dan pakngh,sekurang-kurangnyer dapat ringankan sikit-dikit beban kerja ummu, hari-hari tanpaku di rumah,ummu sgtla penat, perlu take care pakngh dan tok, dalam masa yang sama ummu kena mengasuh Nana(anak jiran),..mmg besar pengorbanan ummu,hari-hari tegar menjalani hidup dgn penuh kesabaran...mmg ummu ku ibu mithali,.. sementara cuti ni,aku ambil alih untuk menjaga pakngh dan tok yang dalam keuzuran.

Cuti ini,banyak memberi ku peluang bermuhasabah diri, memperbaiki diri, meningkatkan kekuatan diri,untuk menempuh mehna tribulasi, yg sedang dan bakal ditempuhi, masih panjang perjalanan ini, perjalanan yang tidak tahu bila kan berakhir, hanya rahsia Ilahi..hanya sebagai hamba abdi..

Pagi td,slps memandikan pakngh, aku sambung pakai kan baju dan lampin, seperti biasa rutin harian ku menggantikan ummu, dari tadi asyik lihat pakngh dok tiup2 dinding..

"Pakngh wat ape2"

"ni ha..semut banyak sangat,hampir nk masuk telinga pakngh"

"mmg skrng nie musim semut ye pkngh, pantang tinggal makanan sikit,kejap je diorang dah urung,bukan takat mknn,org pon die boleh urung"

"tapikn pakngh,shiqin pelik la, diorangkan xde idung,camner diorang leh bau mknn,dah tu, bukan datang seko je, ajak satu geng pulak tu"

"semut die xde idung,tp diorang gune sesungut,bende tu jugak la die gune tok berkomunikasi ngn geng2 die yg lain"

"patut la selalu tengok semut laga2 kepale bile jumpe"ermm..baru aku paham

"Ye Shiqin, semut xmacam manusia, semut xpentingkan diri sendiri, bile seko je dapat mknn, cepat2 die panggil geng2, sbb tu semut suke berlage kepale, nk ajak semut2 lain urung mknn same2..sbb2 la jarang tegok semut makan sorang2..msti ade geng..kalau bertembung jer, mesti bagi diorang lage kepale,tanda memberi salam agaknya..semut xsombong, bukan macam kebanyakan manusia, mementingkan diri sndiri, bila dapat kesenangan,xnk dikongsi bersama, nk berjaya sorang-sorang,xnk bantu sahabat2 yang terkecundang, bila dah susah baru nk cari kawan sedara mara, ukhwah semut nie kite kena contohi, sentiasa memberi salam dan mendoakan sahabat2 setiap kali bertemu."
kebetulan masa tu tengok berita tentang pengeboman di Pakistan.

"cube tengok berita tu,baru je cakap dah ade contoh depan mata,nie la ummat Islam akhir zaman, tu x lain,orang Islam sendiri la ni yang mengebom sesama Islam, Islam memusuhi sesama saudara seIslam,masing2 nk menjatuhkan antara satu sama lain, yang ketawa kenduri besar,orang Amerika, org Yahudi laknatullah.Tengok sajalah politik negara kita, disebabkan kuat berparti,nilai dan semangat seIslam punah,masing2 nk tertelangkah nk rebutkan kuasa yang bersifat sementara,hingga memakan rasuah,mengabaikan tanggungjawab menjaga kebajikan ummah,negara xkan aman n tenteram selagi mana negara tidak dipimpin oleh pemimpin yg paham agama dan mengamalkn prinsip2 Islam sebagai cara hidup."ianya bermula dari seorang pemimpin" pkngh berucap panjang.

Aku termenung sejenak.....begitu lemahnya umat Islam kini.YaAllah,mmg benar, petanda kiamat makin jelas..xdapat disangkal lagi, jauh di sudut hatiku berbisik, hari itu pastikan tiba, saat dimana ISLAM pasti bangkit semula..pasti kan muncul pemimpin itu...pemimpin yg membawa kemenangan ISLAM dengan izinNya..

Ya Allah,betapa kerdilnya diri ini,hanya belajar dengan semut dapat mengungkap segenap hikmah,mmg setiap kejadianMU pastikan ada hikmah yang KAU sembunyikan..

BELAJAR TAWAKKAL DRPD SANG SEMUT

Teringat pula cerita yg aku baca semalam dlm Buku tulisan Ustz Pahrol, Di mana DIA dihatiku? BELAJARLAH TAWAKAL DARIPADA SEMUT,cukup tertarik dgn cerita ni, teringin sgt dikongsi bersama,semoga memberi manfaat,

Kisahnya tentang komunikasi antara seekor semut dgn Nabi Sulaiman...
Suatu hari, Nabi Sulaiman bertanya kpd seekor semut tentang berapa byk mknn yg diperlukan untuk hidup dlm setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan mknn sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut dlm sebuah botol dgn diletakkan gula sebesar sebutir gandum, kemudian mulut botol ditutup.

Cukup setahun, mulut botol dibuka, anehnya baginda dapati hanya separuh drpd sebiji butir gandum itu yg habis dimakan oleh semut.Nabi Sulaiman bertanya,mengapa begitu jadinya, sedangkan semut pernah cakap yg dia perlukan sebiji gandum untk setahun.

Dengar ya penjelasan sang semut,"jika di luar botol rezekiku dijamin sepenuhnya oleh Allah dan aku yakin ALLAH pasti akan mencukupkan rezekiku.Oleh itu aku xperlu risau. Tapi,bila dikurung manusia(Nabi Sulaiman), aku ambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat krn xyakin dgn sifat prihatin manusia.Mana tahu kalau2 manusia terlupa lalu die terkurung lebih dari setahun?Apa yg akan jd padaku?

SO, moral of de story, belajarlah sifat tawakkal dan ihktiar dari semut,Bergantunglah hanya pada ALLAH dlm soal rezeki,jgn sekali-kali bergantung pd sesama makhluk.Allah jualah yg berhak menahan juga menurunkan rezeki kpd hambaNya.Contoh keadaan yg diberi dlm buku ini,kalau ada pihak yg kata, saya jamin, bekalan makanan dan simpanan minyak petrol utk sekian tahun,jgn terlalu yakin..kita tidak berhak utk mentadbir masa akan datang, itu semua ketentuan ALLAH,bertawakallah hanya kpd Allah dan ikhtiar dengan kudrat yg diberi..

Semut..OH..Semut....takala semut sdg tidur dimlm hari,nyamuk pulak berjaga cari rezeki,, dok ketik2 kaki cek dari tadi....wahuh!!!!gatal sekali...nyamuk nie suwoh aku tido agaknyer..

sampai sini saja celoteh saye....semoga memberi manfaat...sblm tu saye nk tinggalkan sajak yg dipetik bulat2 dari buku Di mana DIA dihatiku..cukup menusuk kalbu...buat tatapan hamba-hambaNYA yg sentiasa mendambarkan kasih dan rahmatNYA..

Pandanglah ke bawah
untuk sedar nikmat yg melimpah
pandanglah ke atas
untuk insaf amalmu yang terbatas
moga di situ nanti takut dan harapmu bersemi

Kekadang mahmudah tidak dapat dicapai dengan amalan
tapi harus ditempa oleh kerikil ujian
sering kali kealpaan dan mazmumah diri
diperingatkan oleh kesempitan rezeki

Sejauh mana kita mengasihi manusia
dibatasi oleh seutuh mana kita pada Yang Esa
hitunglah kesyukuranmu
bukan kesukaranmu

Kekadang TUHAN menyempitkan
agar engkat tidak hanyut dalam kesenangan
kekadang DIA melapangkan...
agar engkau tidak selalu dlm kesempitan...
kekadang DIA melepaskan kau drpd kedua-duanya..
agar engkau tidak bergantung kepada
sesuatu selain-NYA...........

RAHMAT ALLAH ITU TERBENTANG LUAS UNTUK HAMBANYA YANG MENAGIH KASIH DAN KEREDHAANNYA....JADILAH HAMBA ITU....