Friday, December 9, 2011

Lantunan Mahabbah Rasulillah..

Ya Allah, moga diberi kelapangan utk hadir, saye nk pg sgt

APA ITU MAJLIS LANTUNAN MAHABBAH RASULILLAH ?

1.1 Satu majlis bagi MENGAMBARKAN DAN MENZAHIRKAN KECINTAAN KITA KEPADA RASULULLAH MUHAMMAD s.a.w. Insan yang membawa rahmat keamanan, keharmonian keadilan serta kesejahteraan untuk kita dan alam seluruhnya.

1.2 Majlis ini dihiasi dengan SELAWAT, ZIKIR, ALUNAN QASIDAH kecintaan rasulullah disamping MENCEDUK LAUTAN ILMU melaluiAL QURAN dan HADIS rasulullah lalu mengambil pengajaran yang sewajarnya kita hayati sebagai umat rasulullah.s.a.w.

1.3 Majlis ini telah diadakan untuk kali keempatnya dengan lebih 10 000 pencinta rasul telah hadir merasai kesyahduan keindahan kerinduan kecintaan untuk rasulullah s.a.w.

1.4 Majlis yang namanya diberikan oleh ulamak tersohor Syeikh Nuruddin al banjari



2. BILA DAN DIMANA MAJLIS INI ?

2.1 Tarikh : 30 DAN 31 DISEMBER 2011,

2.2 hari JUMAAT DAN SABTU

2.3 tempat STADIUM SULTAN ABD HALIM SUKA MENANTI ALOR SETAR,

2.4 majlis bermula jam 8.30 PAGI HINGGA 12.00 MALAM.


3. SIAPA PENGANJUR MAJLIS INI ?

3.1 Majlis ini dianjurkan oleh PARA PENCINTA RASULULLAH S.A.W .

YAYASAN PAKSI bertindak sebagai pengelolanya.

3.2 Ianya mendapat kerjasama dari Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Kedah, Jabatan Hal Ehwal Sekolah Agama rakyat (HESA) , Majlis Ketua Kampong (MKK) Masjid-masjid seluruh Kedah, Galeri Ilmu Sdn Bhd. ( majallah Q & A ), NGO Islam ( pertubuhan bukan kerajaan ) – Ikatan Mujahid Ummah ( IMAM), ABIM, JIM, WADAH, TERAS , Sekretariat Ummah Berselawat ,Pusat Pengajian Islam , Pondok, Tahfiz dan lain-lain


4. SIAPA YANG AKAN BERSAMA DALAM MAJLIS INDAH INI ?

Ulamak tersohor dan pemikir islam serta pencinta rasulullah antaranya

4.1 Sahibus Samahah Dato Baderudin Haji Ahmad – Mufti Kerajaan Negeri Kedah

4.2 Tuan Guru Dato Dr. Harun Din Al hafizh – Ulamak tersohor

4.3 Syeikh Ahmad Fahmi Zam-zam -Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru Indonesia

4.4 Syeikh Mohd. Zainal Asri bin Haji Ramli – Mudir Maahad Darul Hadis

4.5 Ustaz Ahmad fawaz bin Dato Fadhil – Anak Dato Fadhil Noor

4.6 Ustaz Nik Abduh bin Dato Nik Abd. Aziz – Anak Dato Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat

4.7 Ustaz Mohd. Khalil bin Dato Seri Abd. Hadi – Anak Dato Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang

4.8 Ustaz Zul Ramli Bin Mohamed Razali - editor Eksekutif majalah Q & A

4.9 Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim- Dekan fakulti Perniagaan Islam UUM

4.10 YM Hajah Raja Mazian Bt Raja Mohamed- mantan pengacara Al- Hidayah Tv3

4.11 Nora - Wan Norafizah binti Ariffin - selebriti dan penyanyi


5. APA YANG AKAN ANDA PEROLEHI SEPANJANG MAJLIS INI

5.1 Sepanjang program kita akan merasai indahnya SELAWAT DAN QASIDAH memuji rasulullah bersama para ulamak dan pelajar Mahaad Darul Hadis, Maahad Tahfzi Imam Nawawi (Matin)serta kumpulan qasidah yang lain. Selawat dan qasidah dialunkan disetiap permulaan majlis dipertegahan dan diakhir nya. ( ya allah hadirkan kami dalam majlis ini)

5.2 TG dato dr. Harun Din akan mengupas KERINDUAN BERTEMU RASULULLAH dan amalan yang dilakukan oleh mereka yang telah dapat bertemu rasulillah dalam mimpi. Kesyahduan ketika bertemu rasulullah s.a.w ( moga kita memperolehinya)

5.3 SS Dato Mufti akan menyentuh CIRI-CIRI DAN WATAK INSAN YANG AKAN BERSAMA RASULULLAH di akhirat nanti (moga kita antaranya)

5.4 Syeikh Ahmad Fahmi dan Syeikh Zainal Asri akan membawa kita merasai INDAHNYA DALAM MAJLIS MEMUJI DAN MENGAGUNGKAN RASULILLAH. ( moga allah memilih kita dalam ribuan yang hadir)

5.5 Anak-anak 3 Ulamak iaitu Ust. Fauwaz , Ustaz Nik Abduh dan ust Mohd. Khalil akan membawa kita memahami ciri-ciri danPERANAN ULAMAK SEBAGAI PEWARIS NABI DAN PERANAN KITA SEBAGAI PEMBANTU dan penyokong para ulamak. ( moga allah pilih kita hidup bersama para ulamak)

5.6 Ust. Zul Ramli , YM Raja Mazian dan Nora akan mengembalikan kita melihat betapa CINTA DAN KASIHNYA RASULULLAH TERHADAP WANITA lalu memuliakan wanita sebagai anak, isteri dan ibu. Kita akan dibawa merasai betapa MANISNYA HIDUP DALAM SUNNAH RASULULLAH berbanding sebaliknya. (moga kita penghidup sunnah rasulullah)

5.7 Anda akan dapat MENYELUSURI DAN MENGHAYATI KEHIDUPAN RASULULLAH melalui teknik penceritaan yang dibantu dengan alunan qasidah, selawat, nasyid, sajak, pentomen, monolog dalam PERSEMBAHAN QASIDAH SENTUHAN QALBU. Ianya bertambah menusuk qalbu dengan paluan kompang dan bunyian serta pencahayaan.

5.8 Ust Zul Ramli dan Prof madya Dr Hasmadi akan mejelaskan peri pentingnya ILMU dalam mendekatkan kita kepada RASULULLAH.

5.9 PELANCARAN MAJALLAH Q & A sebagai tanda komitmen kita bersama untuk mendapat ilmu

5.10 MAJLIS TAHLIL dipimpin oleh Tuan Guru Haji Mohd Rejab bin Mahd Khair, sebagai tanda ingatan kita kepada insan yang kita kasihi ( moga doa dan pahala tahlil kita mendatangkan kebaikan kepada keluarga terutama ibu ayah kita)

5.11 Semestinya kita akan dapat membeli BARANGAN KELUARAN MUSLIM, halal lagi baik pastinya di gerai yang sediakan. (moga kita diberi ilmu , makanan dan pakaian serta lainnya mengikut sunnah )


6. SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI DAN MENGHADIRI MAJLIS INI ?

6.1 MAJLIS INI BOLEH DISERTAI dan dihadiri OLEH SEMUA INSAN...

6.2 anda suami/isteri anda, anak-anak, ibu ayah adik abang kakak ... jiran, rakan sepejabat lelaki wanita, tua muda, kecil besar, melayu, cina india ... muslim dan non muslim semua golongan ... pencinta rasul...


7. BAGAIMANA UNTUK ANDA MENYERTAINYA ?

7.1 TIADA BAYARAN DIKENAKAN kepada anda yang cintakan rasulullah

7.2 Hanya pinta kami agar anda membiasakan diri anda BERSELAWAT SEBANYAK MUNGKIN mulai hari ini sehingga kita masuk ke majlis yang adakan pada 30.12.2011 supaya jiwa dan perasaan anda begitu cinta kepada rasulullah.

7.3 Serta pada MALAM KEMUNCAKNYA ANDA DIGALAKKAN BERPAKAIAN PUTIH bagi mewujudkan suasana syahdu berselawat dan berqasidah memuji rasulullah.

( bayangkan anda dalam ribuan yang berpakaian putih bersih .... sama serupa ...)


8. ANDA INGIN MEMBANTU MENJAYAKAN MAJLIS INI ?

PASTINYA anda amat ingin memastikan majlis ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Oleh itu anda perlu

8.1 LETAK DAN TANAM AZAM UNTUK HADIR ke majlis lantunan mahabbah pada tarikh 30 dan 31 disember 2011 di Stadium Sultan Abd. Halim Suka Menanti.

8.2 HADIR BERSAMA ANAK DAN KELUARGA SERTA RAKAN JUGA JIRAN agar mereka juga dapat merasai serta mendapat berkat dan pahalanya.

8.3 Bersama MENJAYAKAN MAJLIS TAHLIL . Isikan borang dan hantarkan kepada MAAHAD DARUL HADIS atau KELAS PAKSIsetiap jumaat di menara zakat atau kelas di seri mentaloon pada hari sabtu atau berhubung 0195987842

8.4 SEBARKAN MAKLUMAN INI kepada orang yang anda kenali atau tidak melalui sms, facebook, email blog salinan handbill poster dan sebagainya . pastinya ada pahala untuk anda juga.

8.5 Menghulurkan SUMBANGAN WANG RINGGIT seikhlas dalam tabung lantunan atau terus kepada akaun YAYASAN PAKSI . atau menjadi penaja.

8.6 HADIR AWAL DAN IKUT PERATURAN serta arahan pengelola.

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ;

CIKGU SUKARNO ABD.HAMID 0195987842

Wednesday, October 5, 2011

Sepetang di pantai Remis













.
.
.
.
.
.

untuk Amai, Shiqin & Zam (^_^)...suke sgt gamba2 ni..

Tuesday, September 27, 2011

Tenang dalam doa


Bismillahhirrahmanirrahim...

Ya Allah, bukan mudah bagiku untuk membuat keputusan..
petunjukMu seringkali beriringkan tangisan air mata keinsafan..
Aku tak mengerti apa yang baik buatku..
tetapi Kau adakan jalan buatku..
Kau hamparkan jalan yang mudah bagiku..
Sungguh Maha Pemurahnya Engkau...
Rasa cukup tidak layak bagiku...

Di saat ini, kini dan selamanya, aku sangat memerlukan petunjukMu..
Di saat aku dalam kekeliruan dan kegelisahan..
Tiada apa yang mampu buatku tenang melainkan sujud dan doa padaMu..
Sangat perlunya aku padaMu..
Sangat bergantungnya aku padaMu...
Kerana aku ini hamba yang lemah...

Jika ini yang terbaik buatku, buat agamaku, kehidupanku serta akhir urusanku..
Permudahkan segala apa yang berat bagiku..
Permudahkanlah urusan itu,..
Jadikanlah keredaanMu beriringan urusan itu...

Memang benar..
Kau tidak akan pernah mengecewakan hambaMu..
yang sering mengadu dan meminta-minta padaMu..
Di saat aku memerlukan Mu, Kau sentiasa berada di sisi ini..

Tetapkan lah apa yang baik buatku...
Walau di mana pun kebaikan itu berada..
Biarpun ianya luar biasa dan pelik di mata dunia..
Tetapi disisi Mu tetap ada...

Kerana aku memilih untuk berada di jalan ini..
Atas rahmat dan kasih sayangMu..
Impianku sebagai seorang hamba..
Lorongilah hati ini di jalan yang Engkau redhai hingga akhir hayatku..

Wahai hati..tenanglah dalam doa.....

Pohonlah petunjuk dalam istikharah...

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


Sabda Nabi “Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”(HR.Thabrani).


Kasih Allah buat Kekasih-Nya

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah berfirman:

"Sesiapa yang memusuhi kekasih-Ku, maka Aku menyatakan perang kepadanya,
Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang aku lebih sukai drpd apa yang Aku wajibkan atasnya.
Tidak henti-henti hamba-Ku mendekatkan diri kpd-Ku dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya,
maka Aku menjadikan pendengarannya yang dengannya ia dengar,
menjadikan penglihatannya yang dengannya ia melihat,
menjadikan tangannya yang dengannya ia memegang,
menjadikan kakinya yang dengannya ia berjalan.
Jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku mengabulkannya dan
jika ia meminta pelindungan kepada-KU,
nescaya Aku melindunginya.
Aku tidak pernah teragak-agak apa yang Aku putuskan,
seperti teragak-agaknya Aku untuk mewafatkannya sebab dia benci akan kematian
sedangkan Aku pula benci untuk menyakiti hatinya"

[Riwayat Bukhari, hadis sahih]

Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah

Thursday, April 7, 2011

SUATU PENANTIAN



Bismillahhirrahmanirrahim.....

Penantian demi penantian, buat hati rasa berseksa, duduk tak senang..
"Penantian itu suatu penyiksaan" ungkapan yang biasa mnjadi pegangan,
tapi bukan lagi sekarang

"Penantian itu adalah satu proses"

peganglah pada kata2 ini, utk memujuk hati
penantian itu menjadikan kita lebih matang,
proses utk menuntut kita bersabar,
proses mendidik hati utk sebenar-benar tawakkal,
proses pembaikan hati, utk benar-benar bersedia,

bersabarlah hati,
teguhkan naluri insani,
moga penantian berbuahkan kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki

Semailah keimanan dan dan keazaman agar kita menuai keberhasilan, kejayaan dan kebahagiaan....

"Sesiapa yang menghendaki kejayaan dan kepuasan dalam kehidupannya,
maka dia dapat menemukannya dalam iman dan hidayahNya.
Sebab kedua unsur itulah rahsia dijaganya nikmat
dan kebahagiaannya di dunia & akhirat"
(kata-kata yg dipetik dari blog jiran, cukup memujuk hati)

Bersabarlah wahai hati

sesungguhnya Allah sentiasa bersama org2 yg sabar





Tuesday, February 15, 2011

Hanya utk hati


Tidak semestinya apa yg kita nk kita akan dapat..
Dan mungkin juga apa yg kite tidak suka itu bakal kita miliki..
Kerana ia semua adalah misteri yg tidak dapat dirungkai…
Misteri Ilahi yg mentadbir segalanya…
Dia menganugerahkan kita apa yg kita perlukan, bukan apa yg kite mahukan..
Doa itu adalah ikhtiar, ketentuan tetap ditanganNya…
kerana segalanya bukan kuasa kita..
pasti ada hikmah yg tersembunyi..
Pandanglah ke hadapan, sucikan hatimu, jernihkan tujuan hidupmu…
yg ada dihadapan adalah suatu rahsia yg tiada siapa dapat merungkainya..
kerana tugas kita hanya sebagai hamba..
biar hati sakit, biar jiwa menangis, asalkan kau sedar akan kedudukanmu..
cinta dan kasih sayang adalah anugerah Ilahi…
ianya hadir tanpa sedar,..
suburnya ia biarlah dijalan yg benar…
ku berdoa selalu, semoga apa yg bakal terjadi adalah terbaik buatku,…
sekadar memujuk hati utk sabar..
letakkan Dia sbg cinta agungmu..
pasti kan ketemu jalan kebenaran, terungkai segala persoalan dan kemelut hati..
didiklah hatimu menerima seadanya..

kau bakal diciptakan utk si dia..
kau bakal menjadi amanah si dia..
bersedialah utk menghadapi saat itu..
pesan pada diri utk taqwa..
krna itu adlh matlamat sebenar seorang hamba..
bina ia dalam diri, kelak kan terbina dalam baitulmu, jua keturunanmu dan kelilingmu..
bermula dari dirimu,
berubah bukan utk saat itu…
tetapi berubah utk dirimu juga..
kerana kau bakal dipersoalkan di akhirat kelak..
Ya Allah, peliharalah akhlakku, imanku…
Suburkan lah ia supaya ku dapat merasai cinta dan kasihMu….
Jadikanlah hatiku ini cinta kpdMu..
Cinta kpd rasulMu..
Cinta kpd hamba2 yg mencintaimu..
Cinta kpd amalan yg membawa cinta kpdMu…
Bantulah diriku utk istiqomah dalam mengejar cintaMu..
Krn ia amatlah mahal bagiku…
(mkteh n pakteh yg sgt sweet, komitmentnya dlm dkwh xpernah luntur)
mge dia terbaik utk ku.....