Friday, October 16, 2009

Sekelumit Cinta & Kasih Sayang





Dalam diri insan pasti ada sekelumit perasaan sayang dan cinta..
Tidak semestinya cinta sesama manusia dan tuhanNya.
Namun cintakan alam sekitar dan sesama makhluk..
Dan sudah pasti cintakan rasul yang mulia….


Taat kita pada tuhan selalu berbelah bahagi….
Kita taat apabila derita.
Namun apabila diuji dengan kesenangan…
Kita alpa!!

Jiwa sering bertukar rasa…
Rasa itu rasa yang membebankan jiwa…
Walaupun tidak pasti sejauh mana lagi kehidupan..
Rasa itu sering menghantui….
Kasih sayang manusia sering berubah…
Jika hari ini kita menyukai sesuatu,belum pasti hari esoknya kita akan tetap menyukainya…Begitulah sebaliknya…
Tidak mustahil perkara yang menjadi kebencian kita ,
akan menjadi perkara yang paling manis dalam kehidupan ini….

Hidup biarlah berjasa….
Bukan saja pada agama…
Namun pada sesiapa yang memerlukan….
Memang perit apabila hilang arah panduan….
Melakar sesuatu impian yang belum pasti kejayaannya….

Namun merasai kemanisan selepas kegagalan pasti lebih manis…
Daripada merasai kemanisan dengan mudah tanpa halangan….
Mereka menjadi pendorong kejayaan…
Merasai kemanisan kejayaan berseorangan cukup syahdu…
Tambahan apabila berjuang demi agama tercinta..


Hidup ini saling memerlukan….
Bukanlah bersifat berseorangan….
Jika dikau mempunyai sejuta kekuatan pun,
belum dapat mengalahkan kekuatan sesuatu kumpulan…
Kurindukan sahabat seperjuangan yang sering membawaku pada tuhan…
Yang sentiasa menjadi “sahabat setia”…

saat aku amat jahil dalam kehidupan….
Rindukan perhatian tuhan padaku dalam setiap detik kehidupan,,
Walaupun hakikatnya dunia ini akan berakhir..
Biarlah pengakhirannya menjadi detik yang amat mengkagumkan…
Kekasih sejati amat sukar diperoleh..
Terutama kekasih yang menjadi pendorong dalam perjuangan…
Kekasih yang memahami fitrah diri…
Walaupun kurangnya kekuatan membendung nafsu…
Namun kesedaran itu pasti ada…
“jika kita mengimpikan yang soleh,jadilah yang solehah terlebih dahulu”

Memang benar!!
Sukarnya mencari yang soleh saat akhir zaman ini…
Terutama menjadi wanita sepertiku yang tidak pernah sepi menjadi “fitnah dunia”…
Perlu juga bersaing dengan wanita yang lebih solehah dan kukuh imannya…
Cemburu jua dihati apabila melihat keluarga yang bahagia..
Tambahan keluarga yang didirikan atas dasar Islam…

Bercakap-cakap memang mudah……

Mengimpikan sesuatu juga bukanlah sesuatu yang sukar…
Namun merealisasikannya bukanlah semudah apa yang difikirkan…

Pasti ada halangan yang mendatang…
Biarkan pandangan negatif orang berlalu ,..
Yang penting positifkan diri,…

Hiasi peribadi seindah mungkin….
Biarlah diri tidak seunggul insan lain…
CUMA YAKINLAH PADA DIRI!!

Setiap individu mempunyai kekuatan masing-masing…
Mempunyai keindahan dan keunikan masing-masing…

~IBArAT BunGA!!~
Pelbagai warna dan gubahan…
Serta haruman yang menghiasi…
Tidak semestinya bunga yang cantik mempunyai nama yang baik dan indah…
Dan tidak semestinya bunga yang mempunyai warna yang menarik mampu menarik setiap kumbang disekelilingnya…
kerana tidak semestinya baunya mampu menusuk hidung si kumbang….

Jadilah bunga yang MENGHARGAI dirinya sendiri..
Yang sentiasa NATURAL,
juga memerlukan makanan dan minuman untuk kelihatan lebih “CERIA”…
Memerlukan rama-rama dan kumbang untuk menemaninya di taman…

Hidupnya bukanlah untuk berseorangan…..
coret-coret...

Saturday, October 3, 2009

TAKUT & HARAP…DI AIDIL FITRI

Kekadang mahmudah tidak kecapaian
Hanya dengan tekunnya amalan
Tapi harus ditempa oleh tusukan ujian
Dari kesakitan, kegagalan dan…persengketaan
Seringkali dosa dan mazmumah
Ditandai oleh perpecahan ukhuwah

Sejauh mana kasih sesama manusia
Dibatasi oleh cinta pada yang EsaTeguh iman,
kukuhlah perpaduan

Kekadang Allah menyempitkan…
Supaya kita tak hanyut dalam kesenangan
Kekadang Dia melapangkan…
Supaya kita tak selalu dipagut kesempitan
Kekadang Dia melepaskan kita dari kedua-duanya
Supaya tidak bergantung kepada sesuatu
selain-Nya!

Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal nanti
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa…
kami takut

Dalam ingat dan taat…
kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!
Allah hu Akbar… Allah hu Akbar…
Walillahhilhamd!



ana petik sajak nie dari blog ustaz Pahrol ni....
buat peringatan diri....
suppliment rohani untuk terus me'mantain'kan motivasi diri...