Monday, October 4, 2010

Kepulangan yang menginsafkan

Kepulangan kali ini betul2 memberi ketenangan jiwa...entah apa la yang nk di tulis..
Setiap kali bertemu kembar kesayangan, ada saja perkongsian yang amat bermakna..
Perbincangan kami sering kali menyentuh soal hati dan perasaan, peringatan dan pengisian yang selalu ingin didengari, yang selalu membawa pemuhasaban diri, rasa semakin sayang, bila hati sama2 mendekati Ilahi, bertemu xjemu, berpisah rasa rindu,... walaupun perangai kami berbeza, tetapi, hakikatnya fikrah kami sama, ingin mengapai cinta abadi ada sentiasa usaha mengubah diri.. Dulu, hati kita tidak seperti ini, halatuju kita berbeza, pemikiran kita berbeza, kita mempunyai kesilapan masing2, mempunyai sejarah hitam yang membawa diri mengenal Ilahi..Alhamdulillah, kerana sekarang, Dia mengizinkan hati2 kita bersatu dalam iman, semoga sentiasa ditetapkan hati di jalan Nya...Semoga pertemuan dan perpisahan kita sentiasa mendapat berkatNya..

Jangan lupa wahai adikku, sentiasalah doakan kesejahteraan arwah ayahnda disana.Jadikanlah ziarah kubur ayah pagi tadi sebagai pengajaran dan peringatan bagi kita yang masih hidup...
Memperingati mati menjadikan hati kita hidup dan sedar akan hakikat sebenar kehidupan, hidup yang hanya pinjaman semata-mata...
Jadikanlah tujuan hidupmu hanya kerana Allah, insyaallah, kau akan temui kejayaan yg sebenar...

Impaian kita sebagai seorang hamba

Pada-Mu Allah kami bermohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa...Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Biarlah sedikit asalkan diberikannya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah tauladan

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung


lirik diambil dari kump Nadamurni, hayatilah bersama

pesanan buat adikku,diriku & dirimu...


No comments:

Post a Comment