Showing posts with label Tentang Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Tentang Hikmah. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

Panggilan....

*Kredit to Musafir senja pendamba ilmu

TINGG!


Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!


Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.



"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.


Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.


Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.





"Allah Yang Maha Pengasih, yang mengajarkan Al-Quran, Dia menciptakan manusia, mengajarnya pandai berbicara, matahari & bulan beredar menurut perhintungan, tumbuhan & pepohon keduanya tunduk kpdNya, Dan langit telah ditinggikan-Nya & Dia ciptakan keseimbangan, agar kalian jgn merosakkan keseimbangan itu. & tegakkanlah keseimbangan itu dgn adil & jgnlah kalian mengurangi keseimbangan itu. Dan bumi telah dibentangkanNya utk makhlukNya"
                  "Dan nikmat Tuhan kamu yang mana kamu dustakan"
                                   [Ar-Rahman:1-10,13]

Sunday, October 31, 2010

Kisah suami isteri


Dalam tengah-tengah study utk OSCE esok, bleh pulak membelek-belek blog orang.... pas2 ditakdir terbace cite nie... suke sgt cite ni... ambek dari blog sahabat sorang tu...

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

Love,
Suamimu


*kadang-kadang kasih sayang itu tersembunyi disebalik perbuatan yg tidak semestinya kita dambarkan, tidak pula seindah kata-kata yg menyejukkan halwa telinga, tidak juga seromatis cerita korea.. cuma yg pasti, dia adalah insan yg tercipta untk kita.. insan yg kita perlukan, bukan yg kita inginkan...(utk yg dh kawin)..ok.. saye dah ngarut...k,,sambung study..(^^)

Good Luck sahabat2 ku...( ni gamba KK time study thn lepas) (^^)hehe..

Wednesday, April 28, 2010

Rezeki Si Putih



ni Putih yg dah dicelup


Kucing saye namenyer Putih, die sangat suke makan ikan...selain ikan mmg dia akan tolak,ayam pon die xpandai makan.. hari2,bila nk goreng ikan,kne ambik kira sekali untuk Putih, ibu ngn nenek die..untuk Putih n de geng je kena spare part 3 eko ikan, sehari mkn 3x.. nasib ko la putih, hari2 mkn ikan kembong(kne ikut favourite tuannyer le)


Kucing korang pon mesti suke makan ikan jugak kan?mcm kucing saye..Hari-hari makan ikan,mmg mknn kesukaan kucing adalah ikan, tapi pelik kan,kucing tak pernah pegi sungai untuk memancing ikan atau tangkap ikan sendiri kat laut macam manusia,sbb kucing xberkemampuan nk buat cam2..Jadi, apa caranya kucing buat untuk dapatkan ikan???

Kucing pon pandai bodek tuannya..Bila lapaq ikan je, kucing akan cuba dekati tuannya,mula la kucing akan mengesel2kan badannya ke kaki tuannya, dan cuba bermanja-manjakan diri, kita pun mmg mudah layu ngn kemanjaan kucing nie...dengan belas ikhsan dan kasih sayang, kucing pun dapat la habuan ikan nya yang di idam-idam kan..Inilah falsafah rezeki kucing..

Cuba kita kaitkan dengan kehidupan seharian,macam kita juga, untuk dapatkan kehidupan yang baik, kena dekati Tuan kita, siapa Tuan kita,? Dialah Allah Yang Kaya dan Agung, Robb sekelian alam.

Kita mestilah kenali, cuba mendekati dan "bermanja-manjalah" kepadaNya. Nescaya kelak, kita akan dikasihi dan dirahmatiNya. Pasti kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka. Kasih sayang Allah tiada sempadan, Dia amat suka hambaNya meminta kepadaNya.. Pabila kita dekat dengan Allah, hidup pastikan tenang walaupun ditimpa kesusahan, kerana kita percaya, Allah akan sentiasa disisi mendampingi kita..orang yang jiwanya tenang adalah orang yang sentiasa mengingati Allah...

Ingatlah, sesungguhnya jangan ingat dengan hanya qudrat dan segala usaha, susah payah kita, kita pasti mampu memperoleh rezeki,ini semua hanya dengan kiizinanNya, kita tidak akan dapat rezeki tanpa belas ihsan dan kasih sayangNya serta rahmatNya...ingatlah,kita ini hanya sebagai hamba..

Lihat sajalah, bagaimana si kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan. Kucing tu tetap dapat ikan tetapi dalam keadaaan tuannya tidak redha dan marah kepadanya. Jadi,apa gunanya>>>Kekadang, orang yang tidak solat, xtunaikan tanggungjawab sebagai hamba, banyak melakukan maksiat,tetapi dia tetap dapat rezeki, kadang-kadang melebihi mereka yang taat dan soleh, tetapi rezeki yang diperoleh itu tidak ada keberkatannya disisi Allah..

Pabila rezeki diberkati, kita sentiasa berasa cukup walaupun sedikit, bila dapat banyak, diagihkan dan diinfaqkan kpd yang berhak,rezeki yang diperolehi menjadikan kita lebih taat kepadaNya...Hati sentiasa tenang dan tenteram...Janganlah kita jadi seperti kucing yang mencuri ikan tuannya, jadilah seperti Si Putih yang memanjakan dan memperhambakan diri pada tuannya, yang sentiasa mengharapkan belas ihsan dan kasih sayang tuannya..

Cukuplah Allah tempat kita bergantung dan berlindung...........

In a nutshell(ayat time spm dulu), kalau nk rezeki sentiasa dimurahkan, peganglah kepada Falsafah Rezeki Kucing ini..











......................................................................(^^)...........................................................................................


Pagi tadi, dengar ceramah kat TV9..Tanyalah Ustaz....setiap hari pukul 7-8pg,sblm sarapan pg,kne bagi santapan dulu kat hati nie...mmg xboleh tinggal....kali ini,sesi dgn ustaz syed hisyam(kalu xsilap la) bg tazkirah tentang PELABURAN AKHIRAT...ni antara point2 yg sempat saya salin(saje nk tulis kat blog,takut buku catitan ni ilang) smoga kita dapat menfaat bersama...




  • sedekah yang paling baik adalah ketika kita senang, dan dahulukan lah bersedekah kepada ahli keluarga. Sebaliknya, apa yg selalu berlaku kebanyakan sekarang, time dah sakit tenat dah nk dekat nazak,barulah teringat nak bersedekah dan menginfaqkan harta...


  • keadaan yang paling afdal untuk bersedekah adalah ketika keadaan sihat, ketika ada perasaan tamak harta, ketika takut faqir dan ketika teringin nak jadi kaya...bila saat ketika ini kita bersedekah..Masyaallah...betapa besarnya ganjaran pahala yang kita dapat.. Allah saja yang tahu..


  • sebelum kita meninggal dunia, harta yang ditinggalkan, paling banyak yang boleh di laburkan fisabilillah adalah 1/3 saja,,yang selebihnya hendaklah dilaburkan untuk anak-anak dan keluarga,kerana dengan melabur untuk anak2, kita akan mandapat saham yang lagi besar di akhirat kelak, tapi dengan syarat, tinggalkan anak2 dan isteri dengan didikan agama yang kukuh,supaya harta yg ditinggalkan itu menjadi harta yang berkat dan anak2 soleh menggunakan harta tersebut kejalan yang benar,manfaatnya berterusan untuk si mati...ingt..harta yg ditinggalkan hendaklah berpasakkan didikan agama yang kukuh utk anak2 dan keluarga,...supaya keberkatan itu ada dan manfaatnya berterusan


  • huraian hadis riwayat Imam Bukhari: Nabi pernah berkata, setiap pagi akan ada 2 malaikat turun ke bumi utk berdoa, malaikat 1st berdoa,"Ya Allah, berikanlah kpd org yg bersedekah dgn ganti yg lebih baik dari harta rezekiMu, dan kesejahteraan kpdnya".. malaikat 2nd berdoa, "Ya Allah, berikanlah kpd org yg kedekut bakhil ini kemusnahan"..tengokk..malaikat pun turut mendoakan org yg bersedekah..sedekah yg paling ,mudah adlh degn m'beri senyuman...ingt..senyuman adalah sedekah yg paling murah,tapi besar manfaatnya..


  • Allah beri jaminan, kalau kita ikhlas bersedekah dan sentiasa bersyukur, Allah akan ganti dgn sesuatu yg lebih baik


Sedekah diibaratkan seperti kebun yang di basahi oleh hujan,tidak kira samada hujan itu lebat atau tidak,, kebun itu tetap subur membuahkan hasil-hasilnya,...seperti org yg bersedekah,,tidak kira sedikit mahupun banyak..asalkan hati ikhlas kerana Allah....


Thursday, March 18, 2010

TIP PANJANG UMUR



Mlm nie xtau le nape tetibe jer xleh nk lelapkan mate, rase cam lapang dada jer..segar semacam. Selalunyer circardiac rythm idop sye xcam nie,tepat kol 12 gerenti abes lena ar. After study group td terasa plak nk bace kitab Adab nie, memandangkan esk usrah saye kena bentang bab SILATURRAHIM.

Kali nie, sye bukanlah nk kongsi pasai tips nk panjang umur,tajuk2 gimik je, cuma nk kongsi sedikit-dikit ilmu yg sye baru bace td, smge memberi manfaat.

Diriwayatkan drpd Jubair bin Muth'im r.a., drpd Rasulullah s.a.w.,bersabda:

"Syurga tidak akan dimasuki oleh org yg memutuskan hubungan silaturrahim,"
riwayat al-Bukhari,Muslim,Abu Dawud & at-Tirmizi.

Silaturrahim tu maksudnya hubungan kaum kerabat n kekeluargaan-org yg ade pertalian darah ngn kita(termasuk kekawan n jiran2).

Bagaimana nk mengeratkan silaturrahim??

- boleh dieratkan dgn memberi harta, memberi bantuan, dan pertolongan dlm menyampaikan hajat, menolak kemudharatan, bersemuka,mendoakan,mengeratkan dari apa shja yg termampu dlm kebajikan dan menolak apa yg termampu dari keburukan.(menurut Ibnu Abu Jamrah)

Dlm huraian hadis nie ade 2 golongan yg putuskan silaturrahim, 1st org yg putuskan silaturrahim, tp die xmenghalalkn pown perbuatan tue@kate org mude2, die nie ego, tau dah perbuatan2 haram, tp xmau berlapang dada memaafkan org. Golongan nie dikatakan tidak akan memasuki syurga awal2 bersama golongan yg terdahulu.

2nd, org yg memutuskan silaturrahim n anggap perbuatan tu halal tanpa sebarang sebab n kekeliruan, padahal die tau pengharamannya, samalah dgn org yg menghalalkan sesuatu yg haram disisi agama iaitu glngn murtad, maka golongan nie tidak akan memasuki syurga selama-lamanya.

Lepas bace hadis nie, baru tau betape besarnyer dosa memutuskan silaturrahim dlm hubungan kekeluargaan especially ngn parents, terasa pulak diri nie, adakah sye betul2 menjage hubungan ngn mak-mak & arwah ayah..al-maklumlah, mak ade 3, hidup dlm keluarga yg agak besar, adik beradik 15 org total, nk menjaga hubungan ngn memerlukan kesabaran yg tinggi, 15 org,15 macam kerenah, kekadang terlepas jugak kate2 kasar yg menyinggung perasaan, pas2 mula la xbercakap seharian, SEKEJAP JE XBERCAKAP, dlm hubungn family nie, ape org veteren ckp, bulu ayam bila dicarik-carik,nti cantum balik gtu..teringt plak zaman muda2 dulu, bila gaduh jer ngn Amai, mula la main tarik2 rambut,pastu kite la org 1st yg nangis dlu...Tp kenangan2 menjadikan hubungan family makin rapat,

Alhamdulillah, walaupun slps ayah meninggal, hubungan kekeluargaan antara 3 mak(ummi, ummu, walidah) masih rapat macam dulu, walaupun dah xduduk sebumbung, rase bersyukur sgt kerana dikurniakan kebahagiaan dlm family. Dgn izin Allah,perkahwinan ayah ini mmg menghubungkan silaturrahim antara 3 insan yg pada asalnya asing sesama sendiri. Semoga arwah ayah sentiasa di bawah naungan rahmat Allah dan rohnya berbahagia di sana bersama para solih-solihin.Amin..

Dalam mengejar kebahagiaan hidup sebenar, menjaga hubungan ibu bapa amat penting termasuklah ibu n bapa mertua(in future), tidak akan ada keberkatan & kebahagiaan dlm kehidupan walaupun kita peroleh kejayaan sebesar manapun, selagi mana kita bermasalah & menderhaka kpd ibu bapa-even membuat hati mereka terguris pon(dengar tu shiqin!!).

Berpijaklah dibumi yg nyata, jgn asyik sibuk study jer sampai lupe nk call mak ayah kat kampung, bila dah masuk alam pekerjaan nanti apetah lagi, cuba2lah meluangkan masa bersama mereka.(lame dh xcall umu kat kg).Dahulukan mereka dlm segala urusan selagi mana xmelanggar syarak. Dalam urusan membuat kebajikan sekali pon,utamakan kaum keluarga dulu sebelum bersedekah kpd org lain, berbuat kebajikan kpd kaum keluarga yg memerlukan adalah lbh baik dripada bersedekah kpd fakir miskin.

Hadis Nabi: "memberi sedekah kpd fakir miskin dikira satu sedekah, dan memberi sedekah kpd mahram dikira 2 sedekah iaitu sedkah dan mengeratkan silaturrahim"
(Sunan ad-Darimi)


Huraian pesanan Nabi S.A.W yang bermaksud;
"Sesiapa yang nak umurnya panjang, rezekinya murah, dielak daripada mati yang mengaibkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahim"
Ermm,,barulah masuk tajuk,,TIps nk panjang umur. Nk panjang umur, knelah menghubungkan silaturrahim. Tp, panjang umur dlm hadis nie, bkn bermaksud ajal kita dilewatkan atau ditangguhkan, tapi, ada makud lain, Bila kita menjalinkn silaturrahim melalui berbuat baik, dgn harta, khidmat & seumpamanya menjadi sbb kpd taufik utk melakukan ketaatan & dipelihara drpd melakukan maksiat hidup,drpd itu, lahir sebutan & pujian yg baik drpd org lain walaupun slps kematian kita, inilah yg dikatakan umur yg kedua utk kita.Bukanlah kita buat utk dptkan pujian tetapi ini adlh lumrah manusia. Manusia yg berbuat baik & menghubngkan silaturrahim,pujian dan sebutan berkekalan sungguhpun telah meninggal.
Boleh jadi sebutan yg baik itu disebabkan oleh:
  • ilmu yg boleh dimanfaatkan
  • sedekah jariah
  • anak soleh yg mendoakn untuknya.
Semoga diri nie menjadi & mendapat zuriat soleh-solehah yg mendoakan & didoakan kebahagiaan hidup di sana.
Renung2kan lah, bagaimana silaturrahim kita dgn ibu bapa, adakah terjaga sebaiknya, begitu juga dgn adik beradik, sahabat2 dan jiran2.Adakah cukup kebajikan kita trhadap mereka.Bukan balasan dan pujian yg diharapkan,tetapi keredaan dan kasih sayang Allah yg ditagihkan. Bila Tuhan sayang, hidup kita akan cukup segalanya... Serba serbi akan jadi cukup walaupun xseberapa.

Biarlah sedikit,asalkan diberkati-NYA,
Daripada banyak, yg memudaratkan,
Berkat di dunia oh indah nikmatnya,
Berkat di akhirat, balasannya SYURGA...

Biarpun dah pukul 4pagi,
Mata nie masih segar di bayu angin pagi..
Dipaksa juga utk ditutup, tapi hati xbagi,
alang2 dah pagi,
Pergila gosok gigi,
Buatla apa yg patut nanti,
Pastu bace nota Patologi,
Byk x cover lagi,
Exam makin dekat ni,
Ape tulih2 lagi ni,
Cepat pegi....

hehe....sampai cini wat kali nie...
SALAM Tahajjud..


Monday, March 1, 2010

CERMIN HATI




Salam sahabat,lame dah xupdate blog nie,hampir 4 bulan. Bukan salah masa yg xmengizinkan cuma tiada kekuatan utk menulis, semenjak 2 menjak nie,kurang diberi santapan rohani. Rasa macam jiwa kekosongan, tetiba je rase rindu ngn sahabat2 seperjuangan dulu.. Rindukan nasihat n peringatan. Hati kata rindu pada persahabatan sejati yg membawa ke jalan Ilahi. huhu....mane korang semue...

Mmg manusia nie kekadang ada masa iman naik n turun, ada masa kita lalai dan sibuk seketika ngn dunia, lupakan Tuhan, tp jgn biarkan kelalaian tu berterusan dalam diri kita, celikkan hati, muhasabah diri, kuatankan iman kembali pada Tuhan. Tuhan xberhajat kpd hamba-Nya, tetapi kita lah yang berhajat dan memerlukan-Nya. Jgn biarkan tompok hitam menyelubungi hati, kelak ia kn mengeras n susah tok di cuci, tu tandanya penyakit hati, disebabkan hati dah mati( cam pantun plak)...diri nie kena sentiasa diperingatkan dgn santapan rohani...

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya masih dapat mengikuti usrah KARISMA di sini ngn makcik Zai, dapat santapan tiap2 minggu, cik zai bagaikan ibu di sini,beri nasihat kpd anak2 usrah, kekadang kami berusrah di rumah makcik sndri n kalu ada apa2 program, cik zai xlupa untk ajak kami seusrah. nasihat2nya mmg bernilai, beri kesan di hati..setiap minggu sy ternanti-nanti usrah ngn cik zai, rasa seronok dapat berusrah. smlam kali baru berusrah,mmg masa yg sy tggu2kn....one of us share something about penyakit hati..segala perbuatan n tingkah laku semuanya mereflekskan hati kita dimana letaknya pandangan Allah, bila hati kita dikotori, bisikan syitan n nafsu menguasai diri.

Tanda bagi org yg mati hatinya:
-tidak berasa sedih jika xdapat wat amal kebaikan
-tidak berasa menyesal slps wat dosa
-suka bersahabat ngn org yg lalai n mati hatinya

Akibat matinya hati, manusia akan cintakan dunia dan seisinya termasuklah harta, pangkat, wanita dan etc, lalai dari mengingati Allah, lebihkan keduniaan dan tidak mengawal diri dari melakukan maksiat, sbb matinya hati bermula bila kurangnya santapan rohani...

Bagi yg hidup hatinya, dia kan berasa gembira bila dapat buat kebaikan dan amal ibadat, tetapi kegembiraan ini xsampai tahap berasa ujub dan bangga dalam diri, sentiasa rasa takut dan harap kepada Allah...

Doa Rasulullah SAW:

Ya Allah jgn lah Kau matikan hatiku slps Kau memberi petunjuk pdku,
Jadikanlah hati ini cinta kpd-Mu,
dan cinta kpd org yg mengasihi-Mu,dan apa saja yg membawa daku menghampiri cinta-Mu,
Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai drpd air sejuk bg org kehausan,
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu,
dan cinta org yg mencintai-Mu,serta cinta yg dpt mendekatkn aku kpd cinta-Mu,
Ya Allah, apa saja yg Engkau anugerahkan kpdku drpd apa yg aku cintai,
Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yg Kau cintai,

Dan apa saja yg Kau singkirkan dari apa yg aku cintai,
Maka jadikanlah ia keredhaan utkku dlm mencintai apa yg Kau cintai,
Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yg paling aku cintai drpd cintaku kpd keluargaku, hartaku dan air sejuk pd saat kehausan,
Ya Allah, jadikanlah aku cinta-Mu, mencintai malaikat-Mu,Rasul-Mu dan hamba-Mu yg soleh.

Ya Allah, hidupkanlah hatiku dgn cinta-Mu dan jadikan aku mencintai-Mu dgn segenap cintaku dan seluruhusahaku demi keredhaan-Mu

(Hadis riwayat At-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda, Inilah doa yg dipanjatkn oleh Nabi Daud a.s)

Semoga diri ini sentiasa diberi kekuatan dan ditetapkan iman...

Monday, September 7, 2009

CERITA LAWAK UNTK DIFIKIRKAN

Dengan nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa
solat jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1000 jemaah.
tiba-tiba masuk 2 org lelaki yg menutup seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam..
xnampak apa pun selain 2 bijik mata dan membawa mechine gun..
lalu salah seorag lelaki itu bertempik
"Sesiapa yg sanggup mati kerana Allah, sila berdiri ditempat kamu"
selepas mendengar amaran lelaki itu, maka segeralah lari bertempiaran para jemaah utk menyelamatkn diri..
daripada 1000org jemaah, hanya tinggal lbh kurang 20 org yg masih berdiri ditempat masing2 termasuk tok imam...


lelaki yg bertempik td segera membuka tutup mukanya lalu menghampiri pak imam, melihat pak imam dan berkata

"OK, Pak Imam, saya dah halau semua yg hipokrit, sekarang bolehlah Pak imam mulakan solat Jumaat, lalu 2 org lelaki tersebut berpaling dan meniggalkan jemaah....

camner?? lawak xcite kat atas?? ke xrase ape2...

xpela kalu lawak xmenjadi..tp ape yg penting...cuba kita semua fikirkan...


LAWAKKAN.....
dari 1000 org yg mengakui Islam, hanya lbh kuran 20 org sahaja yg betul2 beriman...


LAWAKKAN...
lebih banyal manusia lupakan Allah pabila menghadapi bahaya...kedua laki tadi hanya membawa mechinehun, xkata pun nk bunuh...
tp, generasi masa kini, amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..lupa yg dia xsolat Jumaat lg.


LAWAKKAN....
ada juga yg agamanya hanya seminggu sekali sahaja, tu pun bila masa solat Jumaat, tujuk muka kat org kampung...
ada yg lagi teruk, setahun hanya 2 kali sahaja tu pun bila solat raya..


LAWAKKAN....
ramai yg percaya gossip & apa yg dibaca dlm surat kabar daripada apa yg tercatat dalm Al-Quran...


LAWAKKAN....
berapa ramai org yg percaya, dunia adalah sementara, ahkirat adalah kekal abadi,
tetapi sibuk berlumba-lumba mengejar kekayaan dunia...


LAWAKKAN....
kita boleh bersembang ngn girlpren n boypern berjam-jam...
tp, bila nk berdoa pada Allah..alahai, asyik xcukup masa jer...


ni la hakikat dunia umat sekarang...
jgn kita tertipu dengn fitnah duniawi...
jga lah hati.....
hati n jasad ini hanya milik Tuhan, bukan milik tuan....
jgn biarkan diri menjadi hamba dunia...

" Ya Allah, luruskan hatiku ke jalan MU,bersihkan lah hati ini,agar mazmumah ku tidak merosakkn agama n juga tidak merosakn org lain.."