Wednesday, April 28, 2010

Rezeki Si Putih



ni Putih yg dah dicelup


Kucing saye namenyer Putih, die sangat suke makan ikan...selain ikan mmg dia akan tolak,ayam pon die xpandai makan.. hari2,bila nk goreng ikan,kne ambik kira sekali untuk Putih, ibu ngn nenek die..untuk Putih n de geng je kena spare part 3 eko ikan, sehari mkn 3x.. nasib ko la putih, hari2 mkn ikan kembong(kne ikut favourite tuannyer le)


Kucing korang pon mesti suke makan ikan jugak kan?mcm kucing saye..Hari-hari makan ikan,mmg mknn kesukaan kucing adalah ikan, tapi pelik kan,kucing tak pernah pegi sungai untuk memancing ikan atau tangkap ikan sendiri kat laut macam manusia,sbb kucing xberkemampuan nk buat cam2..Jadi, apa caranya kucing buat untuk dapatkan ikan???

Kucing pon pandai bodek tuannya..Bila lapaq ikan je, kucing akan cuba dekati tuannya,mula la kucing akan mengesel2kan badannya ke kaki tuannya, dan cuba bermanja-manjakan diri, kita pun mmg mudah layu ngn kemanjaan kucing nie...dengan belas ikhsan dan kasih sayang, kucing pun dapat la habuan ikan nya yang di idam-idam kan..Inilah falsafah rezeki kucing..

Cuba kita kaitkan dengan kehidupan seharian,macam kita juga, untuk dapatkan kehidupan yang baik, kena dekati Tuan kita, siapa Tuan kita,? Dialah Allah Yang Kaya dan Agung, Robb sekelian alam.

Kita mestilah kenali, cuba mendekati dan "bermanja-manjalah" kepadaNya. Nescaya kelak, kita akan dikasihi dan dirahmatiNya. Pasti kita akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka. Kasih sayang Allah tiada sempadan, Dia amat suka hambaNya meminta kepadaNya.. Pabila kita dekat dengan Allah, hidup pastikan tenang walaupun ditimpa kesusahan, kerana kita percaya, Allah akan sentiasa disisi mendampingi kita..orang yang jiwanya tenang adalah orang yang sentiasa mengingati Allah...

Ingatlah, sesungguhnya jangan ingat dengan hanya qudrat dan segala usaha, susah payah kita, kita pasti mampu memperoleh rezeki,ini semua hanya dengan kiizinanNya, kita tidak akan dapat rezeki tanpa belas ihsan dan kasih sayangNya serta rahmatNya...ingatlah,kita ini hanya sebagai hamba..

Lihat sajalah, bagaimana si kucing yang dikejar dan diburu oleh tuannya kerana mencuri ikan. Kucing tu tetap dapat ikan tetapi dalam keadaaan tuannya tidak redha dan marah kepadanya. Jadi,apa gunanya>>>Kekadang, orang yang tidak solat, xtunaikan tanggungjawab sebagai hamba, banyak melakukan maksiat,tetapi dia tetap dapat rezeki, kadang-kadang melebihi mereka yang taat dan soleh, tetapi rezeki yang diperoleh itu tidak ada keberkatannya disisi Allah..

Pabila rezeki diberkati, kita sentiasa berasa cukup walaupun sedikit, bila dapat banyak, diagihkan dan diinfaqkan kpd yang berhak,rezeki yang diperolehi menjadikan kita lebih taat kepadaNya...Hati sentiasa tenang dan tenteram...Janganlah kita jadi seperti kucing yang mencuri ikan tuannya, jadilah seperti Si Putih yang memanjakan dan memperhambakan diri pada tuannya, yang sentiasa mengharapkan belas ihsan dan kasih sayang tuannya..

Cukuplah Allah tempat kita bergantung dan berlindung...........

In a nutshell(ayat time spm dulu), kalau nk rezeki sentiasa dimurahkan, peganglah kepada Falsafah Rezeki Kucing ini..











......................................................................(^^)...........................................................................................


Pagi tadi, dengar ceramah kat TV9..Tanyalah Ustaz....setiap hari pukul 7-8pg,sblm sarapan pg,kne bagi santapan dulu kat hati nie...mmg xboleh tinggal....kali ini,sesi dgn ustaz syed hisyam(kalu xsilap la) bg tazkirah tentang PELABURAN AKHIRAT...ni antara point2 yg sempat saya salin(saje nk tulis kat blog,takut buku catitan ni ilang) smoga kita dapat menfaat bersama...




  • sedekah yang paling baik adalah ketika kita senang, dan dahulukan lah bersedekah kepada ahli keluarga. Sebaliknya, apa yg selalu berlaku kebanyakan sekarang, time dah sakit tenat dah nk dekat nazak,barulah teringat nak bersedekah dan menginfaqkan harta...


  • keadaan yang paling afdal untuk bersedekah adalah ketika keadaan sihat, ketika ada perasaan tamak harta, ketika takut faqir dan ketika teringin nak jadi kaya...bila saat ketika ini kita bersedekah..Masyaallah...betapa besarnya ganjaran pahala yang kita dapat.. Allah saja yang tahu..


  • sebelum kita meninggal dunia, harta yang ditinggalkan, paling banyak yang boleh di laburkan fisabilillah adalah 1/3 saja,,yang selebihnya hendaklah dilaburkan untuk anak-anak dan keluarga,kerana dengan melabur untuk anak2, kita akan mandapat saham yang lagi besar di akhirat kelak, tapi dengan syarat, tinggalkan anak2 dan isteri dengan didikan agama yang kukuh,supaya harta yg ditinggalkan itu menjadi harta yang berkat dan anak2 soleh menggunakan harta tersebut kejalan yang benar,manfaatnya berterusan untuk si mati...ingt..harta yg ditinggalkan hendaklah berpasakkan didikan agama yang kukuh utk anak2 dan keluarga,...supaya keberkatan itu ada dan manfaatnya berterusan


  • huraian hadis riwayat Imam Bukhari: Nabi pernah berkata, setiap pagi akan ada 2 malaikat turun ke bumi utk berdoa, malaikat 1st berdoa,"Ya Allah, berikanlah kpd org yg bersedekah dgn ganti yg lebih baik dari harta rezekiMu, dan kesejahteraan kpdnya".. malaikat 2nd berdoa, "Ya Allah, berikanlah kpd org yg kedekut bakhil ini kemusnahan"..tengokk..malaikat pun turut mendoakan org yg bersedekah..sedekah yg paling ,mudah adlh degn m'beri senyuman...ingt..senyuman adalah sedekah yg paling murah,tapi besar manfaatnya..


  • Allah beri jaminan, kalau kita ikhlas bersedekah dan sentiasa bersyukur, Allah akan ganti dgn sesuatu yg lebih baik


Sedekah diibaratkan seperti kebun yang di basahi oleh hujan,tidak kira samada hujan itu lebat atau tidak,, kebun itu tetap subur membuahkan hasil-hasilnya,...seperti org yg bersedekah,,tidak kira sedikit mahupun banyak..asalkan hati ikhlas kerana Allah....


2 comments:

fUyUki said...

nadiah suke post ni~

falsafah kucing =)

keep writing cikin!

colehah said...

hehe...thnkz nadia...
insyaallah...
saya pun dlm usaha nk contohi falsafah kucing ini..
cantik kan aturan Tuhan....

Post a Comment