Sejuta Harapan,yg aku sandarkan..
Seuntai madah utk dihayati,
" Alihkan matamu ke laut,airnya cantik membiru & penuh ketenangan,tetapi hanya Allah saje yg tau RAHSIA didalamnya,begitulah dengan kehidupan manusia,riang ketawa..tetapi hanya Allah saje yg tahu RAHSIA kehidupannya..jika kau rasa kecewa,pandanglah ke sungai..airnya tetap mengalir, biarpun berjuta batu menghalang..jika kau rasa sedih,pandanglah ke langit..kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersama kita.. "
Ketika aku keliru, tunjukkanlah.
Ketika aku lemah, perkukuhkanlah.
Ketika alpa, ingatkanlah.
Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa ikhlas itu. Padaku hanya tadbir..
pada-Mu segala takdir.
Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.
Daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “ Siapa yang meminta pertolongan kepadamu kerana ALLAH, maka lindungilah ia. Siapa yang meminta kepadamu kerana ALLAH maka berilah ia. Siapa yang memberi kebaikan kepada kamu, balaslah ia, jika kamu tidak mampu membalas, berdoalah untuknya dengan kebaikan"[Riwayat Al Baihaqi dan Abu Daud]
No comments:
Post a Comment