Thursday, March 18, 2010

TIP PANJANG UMUR



Mlm nie xtau le nape tetibe jer xleh nk lelapkan mate, rase cam lapang dada jer..segar semacam. Selalunyer circardiac rythm idop sye xcam nie,tepat kol 12 gerenti abes lena ar. After study group td terasa plak nk bace kitab Adab nie, memandangkan esk usrah saye kena bentang bab SILATURRAHIM.

Kali nie, sye bukanlah nk kongsi pasai tips nk panjang umur,tajuk2 gimik je, cuma nk kongsi sedikit-dikit ilmu yg sye baru bace td, smge memberi manfaat.

Diriwayatkan drpd Jubair bin Muth'im r.a., drpd Rasulullah s.a.w.,bersabda:

"Syurga tidak akan dimasuki oleh org yg memutuskan hubungan silaturrahim,"
riwayat al-Bukhari,Muslim,Abu Dawud & at-Tirmizi.

Silaturrahim tu maksudnya hubungan kaum kerabat n kekeluargaan-org yg ade pertalian darah ngn kita(termasuk kekawan n jiran2).

Bagaimana nk mengeratkan silaturrahim??

- boleh dieratkan dgn memberi harta, memberi bantuan, dan pertolongan dlm menyampaikan hajat, menolak kemudharatan, bersemuka,mendoakan,mengeratkan dari apa shja yg termampu dlm kebajikan dan menolak apa yg termampu dari keburukan.(menurut Ibnu Abu Jamrah)

Dlm huraian hadis nie ade 2 golongan yg putuskan silaturrahim, 1st org yg putuskan silaturrahim, tp die xmenghalalkn pown perbuatan tue@kate org mude2, die nie ego, tau dah perbuatan2 haram, tp xmau berlapang dada memaafkan org. Golongan nie dikatakan tidak akan memasuki syurga awal2 bersama golongan yg terdahulu.

2nd, org yg memutuskan silaturrahim n anggap perbuatan tu halal tanpa sebarang sebab n kekeliruan, padahal die tau pengharamannya, samalah dgn org yg menghalalkan sesuatu yg haram disisi agama iaitu glngn murtad, maka golongan nie tidak akan memasuki syurga selama-lamanya.

Lepas bace hadis nie, baru tau betape besarnyer dosa memutuskan silaturrahim dlm hubungan kekeluargaan especially ngn parents, terasa pulak diri nie, adakah sye betul2 menjage hubungan ngn mak-mak & arwah ayah..al-maklumlah, mak ade 3, hidup dlm keluarga yg agak besar, adik beradik 15 org total, nk menjaga hubungan ngn memerlukan kesabaran yg tinggi, 15 org,15 macam kerenah, kekadang terlepas jugak kate2 kasar yg menyinggung perasaan, pas2 mula la xbercakap seharian, SEKEJAP JE XBERCAKAP, dlm hubungn family nie, ape org veteren ckp, bulu ayam bila dicarik-carik,nti cantum balik gtu..teringt plak zaman muda2 dulu, bila gaduh jer ngn Amai, mula la main tarik2 rambut,pastu kite la org 1st yg nangis dlu...Tp kenangan2 menjadikan hubungan family makin rapat,

Alhamdulillah, walaupun slps ayah meninggal, hubungan kekeluargaan antara 3 mak(ummi, ummu, walidah) masih rapat macam dulu, walaupun dah xduduk sebumbung, rase bersyukur sgt kerana dikurniakan kebahagiaan dlm family. Dgn izin Allah,perkahwinan ayah ini mmg menghubungkan silaturrahim antara 3 insan yg pada asalnya asing sesama sendiri. Semoga arwah ayah sentiasa di bawah naungan rahmat Allah dan rohnya berbahagia di sana bersama para solih-solihin.Amin..

Dalam mengejar kebahagiaan hidup sebenar, menjaga hubungan ibu bapa amat penting termasuklah ibu n bapa mertua(in future), tidak akan ada keberkatan & kebahagiaan dlm kehidupan walaupun kita peroleh kejayaan sebesar manapun, selagi mana kita bermasalah & menderhaka kpd ibu bapa-even membuat hati mereka terguris pon(dengar tu shiqin!!).

Berpijaklah dibumi yg nyata, jgn asyik sibuk study jer sampai lupe nk call mak ayah kat kampung, bila dah masuk alam pekerjaan nanti apetah lagi, cuba2lah meluangkan masa bersama mereka.(lame dh xcall umu kat kg).Dahulukan mereka dlm segala urusan selagi mana xmelanggar syarak. Dalam urusan membuat kebajikan sekali pon,utamakan kaum keluarga dulu sebelum bersedekah kpd org lain, berbuat kebajikan kpd kaum keluarga yg memerlukan adalah lbh baik dripada bersedekah kpd fakir miskin.

Hadis Nabi: "memberi sedekah kpd fakir miskin dikira satu sedekah, dan memberi sedekah kpd mahram dikira 2 sedekah iaitu sedkah dan mengeratkan silaturrahim"
(Sunan ad-Darimi)


Huraian pesanan Nabi S.A.W yang bermaksud;
"Sesiapa yang nak umurnya panjang, rezekinya murah, dielak daripada mati yang mengaibkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahim"
Ermm,,barulah masuk tajuk,,TIps nk panjang umur. Nk panjang umur, knelah menghubungkan silaturrahim. Tp, panjang umur dlm hadis nie, bkn bermaksud ajal kita dilewatkan atau ditangguhkan, tapi, ada makud lain, Bila kita menjalinkn silaturrahim melalui berbuat baik, dgn harta, khidmat & seumpamanya menjadi sbb kpd taufik utk melakukan ketaatan & dipelihara drpd melakukan maksiat hidup,drpd itu, lahir sebutan & pujian yg baik drpd org lain walaupun slps kematian kita, inilah yg dikatakan umur yg kedua utk kita.Bukanlah kita buat utk dptkan pujian tetapi ini adlh lumrah manusia. Manusia yg berbuat baik & menghubngkan silaturrahim,pujian dan sebutan berkekalan sungguhpun telah meninggal.
Boleh jadi sebutan yg baik itu disebabkan oleh:
  • ilmu yg boleh dimanfaatkan
  • sedekah jariah
  • anak soleh yg mendoakn untuknya.
Semoga diri nie menjadi & mendapat zuriat soleh-solehah yg mendoakan & didoakan kebahagiaan hidup di sana.
Renung2kan lah, bagaimana silaturrahim kita dgn ibu bapa, adakah terjaga sebaiknya, begitu juga dgn adik beradik, sahabat2 dan jiran2.Adakah cukup kebajikan kita trhadap mereka.Bukan balasan dan pujian yg diharapkan,tetapi keredaan dan kasih sayang Allah yg ditagihkan. Bila Tuhan sayang, hidup kita akan cukup segalanya... Serba serbi akan jadi cukup walaupun xseberapa.

Biarlah sedikit,asalkan diberkati-NYA,
Daripada banyak, yg memudaratkan,
Berkat di dunia oh indah nikmatnya,
Berkat di akhirat, balasannya SYURGA...

Biarpun dah pukul 4pagi,
Mata nie masih segar di bayu angin pagi..
Dipaksa juga utk ditutup, tapi hati xbagi,
alang2 dah pagi,
Pergila gosok gigi,
Buatla apa yg patut nanti,
Pastu bace nota Patologi,
Byk x cover lagi,
Exam makin dekat ni,
Ape tulih2 lagi ni,
Cepat pegi....

hehe....sampai cini wat kali nie...
SALAM Tahajjud..


No comments:

Post a Comment