Sunday, August 23, 2009

Bulan Madrasah


alhamdulillah..
semalam petang,sebelum berbuka puasa,ana sempat berusrah dengan adik2 1st year..
mmg setiap kali sebelum usrah,ana akan fikir,apakah input yg ana boleh kongsi ngn adik2 usrah,sebab ana nie xbanyak membaca,so ilmu pun xseberapa..
mmg ana xpandai sangat berkata-kata,cuma ana akan cuba berkongsi ilmu apa yang ada.

Alhamdulillah,mmg ada hikmahnya ana menginguti usrah ngan makcik Zai..

mmg penyampaiannya sangat mantap dan memberi kesan dihati.Disamping dapat beri peringatan n sebagai makanan rohani, ana dapat juga ambil sedikit input untuk dikongsi bersama dengan adik2 usrah 1st year.


ana teringat tentang kata-kata cik Zai masa usrah pagi semalam,
bulan Ramadhan nie adalah bulan madrasah,dimana kita ditarbiah dengan sifat sabar, ikhlas, pemurah, juga latihan menguruskan nafsu dan menahan diri daripada perkara maksiat dan lagha, kita diuji dengan kelaparan sepanjang bulan ini. Dan pada akhirnya, selepas menghadapi pelbagai ujian, kita diharapkan dapat mencapai kejayaan yang besar iaitu dapat mencapai tahap 'TAQWA'

Firman Allah:
"wahai org2 yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas org2 sebelummu,agar kamu bertaqwa"(surah al-Baqarah:83)

yang paling penting, puasa kita mestilah dilaksanakan atas dasar iman dan perintah dari Allah, jgn asyik sibuk memburu fadhilat saja,sampaikan fadhilat itu dijadikan niat dan matlamat puasa.
kita juga digalakkan memperbanyakkan berdoa dalam bulan Ramadhan, semua pintu2 langit dibuka seluas-luasnya untuk kita berdoa, insyaallah mudah diangkat kelangit.
yang antara waktu yang paling afdhal berdoa adalah waktu bersahur(sama maksud ngn 1/3 mlm). jadi,rebutlah peluang keemasan nie, berdoalah walaupun sekecil-kecil perkara, jgn tunggu ditimpa musibah yang besar baru nk cari Allah

Surah Al-Muzammil, ayat 6
"Sesungguhnya bangun malam itu lebih kuat mengisi jiwa dan bacaan ketika itu lebih berkesan"

No comments:

Post a Comment